Thursday, April 16, 2009

Nasi lemak… Nasi lemak… lima posen satu~~~

Sungguh rajin memasak kebelakangan ini? Mungkin. Sudah lebih dua minggu dapur xberasap secara konsisten. Selepas kerja, bergegas membeli bahan2 yg tiada di dapur. Antaranya, santan, timun, bawang. Yg lain semua cukup.

2 cawan beras yg siap dibasuh, sekotak kecil santan (santan asli tiada), beberapa hiris halia, beberapa biji lada hitam dan daun pandan dimasakkan bersama-sama. Perlu digaul dari masa ke masa untuk mengelakkan ketidaksebatian. Siap.

Sambal tumis ikan bilis dimasak seperti memasak masakan sambal yang lain. Telur direbus dan timun dihiris. Papa membantu menggoreng ayam. Terima kasih Papa.

Seusai membersihkan diri dan solat maghrib, kami memulakan agenda makan kami. Iman pon turut serta dgn ekspresi dan aksi yg pelbagai. Sedap? Mungkin.

Cuaca amat sejuk dek hujan yg seharian turun. Nasi lemak yg sgt kaya dgn santan mempercepatkan mata menjadi berat dan kuyu walaupun badan masih bertenaga. Semasa menyusukan Iman, saya terlena sehingga pukul 12. Leher sakit kerana tersalah tidur. Kalut. Belum solat, belum basuh pinggan, belum mengemas rumah, belum mengemas beg utk perjalanan ke KL, belum basuh baju dan lipat kain. Semua belum. Bangun sahaja, Papa beritahu, baju sudah basuh dan sidai. Bergegas ke ruang makan dan dapur, semuanya sudah kemas. Terharunye~~

P/S: My 1st trial to write in full BM. Fuh. Heard an advertisement in IKIM.fm on Bengkel Penulisan Novel Islam by Faisal Tehrani. Sounds interesting. One of the possible activities if I decided to stay at home, full-time. Care to comment??

1 comment:

Wafaa said...

bagusnya Papa dia ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin